1.
Modal yang diperlukan amat tinggi.
Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor
adalah tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti Yuran Francais – Yuran
francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak dikembalikan. Francaisi
juga perlu membayar kos sewa, deposit, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai
;Royalti Bulanan – Royalti
dibayar mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi perlu membayar royalti
walaupun tidak memperolehi keuntungan, walaupun francaisor tidak membantu
perniagaan francaisi kerana francaisi menggunakan jenama francaisor tersebut.
Di Malaysia, terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini di mana agensi
kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) (badan bertindak untuk
francais Malaysia) mengarahkan supaya pembayaran royalti tidak
lebih dari 5% jumlah jualan bulanan francaisi. ; Yuran
Iklan – Yuran iklan yang dibayar digunakan oleh francaisor untuk
mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan dan untuk menarik lebih ramai
francaisi. Tetapi ianya mungkin tidak mempromosikan perniagaan francaisi
tersebut.
Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar
menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan
menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.
2.
Tidak
memberi kebebasan kepada francaisi.
Untuk
menjaga keseramanan, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi.
Kadang-kala, tindakan ini menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut
adalah beberapa perkara berkaitan perjanjian francais:
- Pemilihan Lokasi
– Francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan
perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut
pandangan francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi akan mencadangkan
lokasi kepada francaisor. Francaisor akan melawat lokasi tersebut dan
memberi pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor akan
membantu mencari kawasan yang difikirkan strategik.
- Hiasan Dalaman & Konsep
Perniagaan – Terdapat francaisor yang akan menukar
hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Jadi, kos renovasi
dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh
francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan,
uniform & sistem komputer.
- Kawalan Penjualan Produk dan
Perkhidmatan – Francaisor akan
mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi,
francaisi tidak boleh menjual produk / perkhidmatan selain daripada
francaisor. Ada juga kes dimana francaisor menghadkan bilangan stok yang
dijual. Misalnya baju saiz S, francaisor hanya membekalkan 10 helai
sahaja. Apabila baju tersebut habis, francaisi menempah dari francaisor
tapi francaisor tidak memberi stok yang diminta. Apabila berlaku kes
sedemikian, francaisi boleh cuba minta stok dari francaisi lain. Pastikan
juga francaisor membenarkan anda mengambil stok dari francaisi lain. Kes
seperti ini tidak dinyatakan dalam perjanjian francais. Jadi, francaisi
perlu berhati-hati.
- Kawalan Dalam Menggendalikan
Operasi Perniagaan – Francaisor mengawal
waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga
prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak
dapat memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari
pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh
mendapatkan barang dari pengedar yang lebih murah. Dicadangkan agar
francaisi mencari francaisor yang memberi ruang untuk kemukakan idea
francaisi sendiri dan memberi kebebasan untuk francaisi berniaga demi
perniagaan mereka.
- Kawalan ke atas Hak Wilayah (Territorial
Rights) – Kawalan ini untuk menggelak daripada
bersaing dengan francaisi lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain.
Francaisor juga ada hak untuk menghalang francaisi membuat website
sendiri.
3.
Pemilihan
Francaisor perlu dilakukan dengan teliti.
Kelemahan akta dan peraturan sedia ada menjadi duri dalam daging kepada
pembangunan industri francais di Malaysia dan perlu dicungkil segera supaya
tidak menjejaskan kemajuannya.Kelemahan-kelemahan yang ada telah memburukkan
imej sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem yang menipu dan banyak
pihak yang tertipu terutamanya usahawan baharu, kata sebuah syarikat perunding
francais tempatan. Keadaan berkenaan
timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau prospektus disediakan untuk
membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang
francaisor dan produknya.Apa yang berlaku sekarang, perkara tersebut dipandang
ringan serta ketiadaan garis panduan khas disediakan kerajaan menyebabkan
penyediaan prospektus dilakukan secara sambil lewa dan bakal mengundang
masalah. Permasalahan ini menyebabkan sistem francais dipalitkan dengan
kecaman-kecaman yang negatif sehingga membantutkan usaha untuk mengembangkan
sistem berkenaan.Perlu ada prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan
sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi
kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat lagi.Jika
semua maklumat ini tidak didedahkan, maka timbul masalah seperti francaisi
tertipu dan mengalami kerugian selepas memeterai perjanjian francais,’’ kata
beliau kepada Utusan Malaysia. Berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu
diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu bekerja
ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan.Sikap buruk usahawan
atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian terlebih
dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan
penerangan secara terperinci tentangnya.Oleh itu, apabila timbul masalah,
kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan
adalah sistem francais itu sendiri.
Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak
jujur dan tamak.Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi
kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi
terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang
membangun.Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju
dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi
sendiri.Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi
yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.
4.
Perlu
komitmen yang tinggi daripada francaisi.
Masalah-masalah itu berlaku akibat francaisi tidak
mempunyai pengetahuan dan persediaan yang cukup melibatkan diri dalam
perniagaan berkenaan.Kegagalan berlaku berpunca daripada sikap francaisi yang
terlalu bergantung kepada francaisor sedangkan untuk berjaya dalam industri itu
bukan mudah. Francaisi bukan sahaja
sekadar mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya
perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi.Francaisi
perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan
dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa
menjalankan penyelidikan.
5.
Penjualan
produk yang ditetapkan sahaja.
Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam
perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian
perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak
langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan inovasi francaisi terutamanya dalam
aspek pengendalian perniagaannya.
6.
Penamatan
dan pembaharuan kontrak
Kontrak francais akan tamat
sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh
masa yang telah dipersetujui; tiada jaminan atas pembaharuan kontrak. Penamatan Kontrak –
Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti,
gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah.
Segala pelaburan francaisiakan hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap
perjanjian francais adalah untuk 5 tahun. Adalah dinasihatkan francaisi untuk
memastikan pulangan modal francaisi tidak sampai 5 tahun.Maksudnya, dalam
tempuh 5 tahun pastikan anda mendapat semula pelaburan anda.
Pembaharuan Kontrak –
Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara otomatik. Segala terma dan syarat
mungkin akan berubah. Antaranya kenaikkan kadar bayaran royalti, membuat
pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan atas jualan. Semua
pembaharuan ini berkemungkinan untuk memberi peluang kepada francaisi lain.
CADANGAN
MENGELAKKAN HALANGAN / CABARAN / MASALAH YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI
Ramai beranggapan bahawa perniagaan francais merupakan cara
termudah untuk memulakan perniagaan, pasti menguntungkan, jenama terkenal, mendapat
latihan mantap dari francaisor, dan sebagainya. Sebenarnya apabila seseorang
usahawan telah terlibat secara langsung dengan perniagaan francais barulah
mereka akan merasai baik buruk perniagaan ini.
Sebelum memilih untuk menjadi francaisi sesuatu sistem perniagaan
francais, amat wajar sekiranya para usahawan meneliti perkara-perkara berikut.
Kegagalan untuk mematuhi satu daripada perkara-perkra berikut akan menyebabkan
kegagalan malahan ianya juga boleh mengakibatkan bankrap.
1.
Kekangan
kewangan untuk memulakan perniagaan francais
Sepertimana
yang diketahui bahawa modal bagi memulakan sesuatu perniagaan francais adalah
besar.Oleh itu, tidak semua orang mampu untuk menjalankan perniagaan ini
walaupun mampu memberi pulangan yang lumayan. Disamping berbekalkan modal permulaan dengan menggunakan wang
daripada simpanan bakal usahawan, terdapat juga sumber kewangan yang boleh
diperolehi melalui pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui
agensi-agensi yang dilantik secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan
sistem perniagaan francais, antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini
adalah Pemodalan Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
KPDNKK
telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 bermatlamat untuk menggalakkan
pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan
pengguna.Pada tahun 2009, peranan dan fungsi kementerian telah diperluaskan
untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
Salah
satu agensi di bawah KPDNKK yang terlibat secara langsung dengan perniagaan
francais adalah PNS.Peranan PNS adalah untuk menerajui pembangunan industri
francais di Malaysia.PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan
industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais,
melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang
berkualiti PNS juga berperanan di dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan
industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih
ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Salah satu objektif utama PNS
adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar
negara.PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor
dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia.
Di
bawah PNS terdapat beberapa skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan francais
yang boleh dimanfaatkan oleh bakal-bakal francaisi antaranya adalah Skim
Pembiayaan Francaisi dan Skim Pembiayaan Eksekutif dengan saiz pinjaman
sehingga RM1 juta.
Dalam pada itu, terdapat banyak
agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman secara
tidak langsung untuk memula dan mengembangkan lagi perniagaan francais
antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga
(TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
2.
Pemilihan
francais yang baik
Panduan kepada usahawan untuk memilih
perniagaan francais adalah sebelum mengambil keputusan untuk memilih sesuatu perniagaan francais,
beberapa perkara perlu diambil kira dan dipertimbangkan supaya pemilihan yang
dilakukan adalah tepat dan seterusnya boleh menguntungkan francaisi dalam
jangka panjang. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti
berikut :-
Jenis Perniagaan
– Bakal francaisi perlu menentukan apakah jenis
perniagaan yang ingin diceburi dan pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan
minat dan kemahiran yang ada.
Kadar Kejayaan Perniagaan Francais - Perniagaan francais yang telah terbukti mempunyai peratusan kadar
kejayaan yang tinggi akan memberi peluang terbaik untuk francaisi turut berjaya
dalam perniagaannya.
Kadar Pertumbuhan Perniagaan - Kadar pertumbuhan perniagaan boleh diukur dengan bilangan ‘outlet’
yang telah dibuka oleh francaisor tersebut. Ia merupakan petunjuk yang baik
untuk menilai keuntungan dan potensi peluang francais yang disediakan oleh
francaisor.
Keuntungan Syarikat - Kedudukan kewangan syarikat francais boleh dilihat dari laporan
tahunan yang dikeluarkan. Syarikat yang menunjukkan keuntungan yang tinggi dan
berterusan memberi jaminan bahawa francaisi akan mendapat sokongan berterusan.
Pengalaman Perniagaan - Untuk meminimakan risiko pelaburan, perniagaan francais yang hendak
dipilih perlu mempunyai rekod kejayaan dan pertumbuhan yang baik untuk beberapa
tahun.
Saiz Sistem Rangkaian - Syarikat francais yang mempunyai saiz sistem rangkaian yang besar dan
bersistematik boleh memberi kebaikan dari segi ekonomi bidangan (belian stok,
iklan dan lain-lain).
Kedudukan Syarikat Dalam Industri - Pilih syarikat yang menjadi ‘leader’ dalam industri tertentu supaya
perniagaan boleh terus bertahan walau dalam keadaan ekonomi yang tidak baik.
Bantuan Pemilihan Tapak Premis - Francaisor yang bertanggungjawab biasanya akan membantu francaisi
dalam proses pemilihan tapak premis/outlet. Dengan pengalaman yang dimilikinya,
francaisor tentunya akan mendapatkan tapak di tempat yang strategik sesuai
dengan jenis perniagaan.
Rekabentuk Dan Hiasan Dalam Outlet - Francaisor yang bertanggungjawab juga akan membekalkan kemudahan dan
bantuan dalam menyediakan rekabentuk dan hiasan dalam outlet untuk memastikan
bahawa outlet francaisi adalah seragam dengan konsep francais keseluruhannya.
Latihan - Lebih lengkap pakej latihan francais maka lebih cerah peluang untuk
berjaya dalam perniagaan francais.
Sokongan Berterusan - Sokongan yang berterusan terutama dalam aspek teknikal dan operasi
dari pihak francaisor amat penting dalam perniagaan francais.
Hak Eksklusif Wilayah - Pihak francaisor perlu menentukan hak kewilayahan kepada setiap
francaisi supaya tidak timbul masalah persaingan di antara sesama perniagaan
francais di dalam wilayah yang sama. Saiz wilayah tersebut bergantung kepada
kepadatan penduduk, demografi dan bilangan pelanggan yang diperlukan oleh
francaisi untuk menyokong perniagaan outletnya.
Perjanjian Francais - Sebelum menandatangani sesuatu perjanjian francais, pastikan bahawa
perjanjian tersebut disemak terlebih dahulu dengan terperinci. Langkah yang
paling baik ialah dengan menyemaknya dengan Peguam yang pakar dalam bidang
francais.
Pengesahan Syarikat - Sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian dan membayar yuran
francais, pastikan dahulu bahawa syarikat francais tersebut adalah syarikat
yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang. Buat semakan di pejabat
Pendaftaran atau dari sumber lain seperti buku dan majalah perniagaan serta
teliti dokumen penzahiran syarikat tersebut.
Yuran Francais - Pastikan terlebih dahulu bahawa yuran francais yang dikenakan
seharusnya sepadan dengan apa yang bakal diterima dari perjanjian francais dan
perniagaan yang bakal dijalankan.
Bantuan Kewangan - ‘Start-up’ kos
untuk perniagaan francais biasanya adalah tinggi. Ia termasuk yuran francais,
sewa premis dan peralatan, bekalan dan stok dan lain-lain perbelanjaan. Jika
francaisor tersebut benar-benar ingin melihat kejayaan francaisinya, seharusnya
ia membantu francaisi dari segi kewangan seperti penyewaan peralatan,
membekalkan stok perniagaan dnegan cara kredit dan lain-lain.
3.
Selidik sistem pembekalan barangan francaisor.
Perlu diingati tujuan menjadi francaisi ialah untuk
memanfaatkan kuasa beli atau "economic of scale".Maksudnya, sesuatu
sistem francais yang besar dan mempunyai ramai francaisi sudah pastinya mampu
membekalkan barangan pada harga yang lebih murah daripada pembekal lain diluar.
Buat sedikit penyelidikan, bandingkan harga yang ditawarkan
untuk 10 jenis produk mereka, bandingkan dengan produk yang sama daripada pembekal
luar. Jika harga daripada francaisor ini lebih tinggi, lipakan sahaja francais
tersebut. Jika francaisor ini sendiri gagal membekalkan pada harga yang
kompetitif, maknanya ia tidak mendapat MARGIN keuntungan yang kompetitif di
pasaran. Juga perlu diingati, bakal francaisiakan bersaing dengan banyak lagi
peniaga yang memperolehi bekalan daripada pembekal-pembekal luar. Adakah bakal
francaisi mampu bersaing nanti?
Terdapat juga francaisor yang sanggup mengenakan harga lebih
tinggi daripada pembekal lain dipasaran, bermakna francaisor ini hanya mementingkan
keuntungan mereka semata-mata. Adakah bakal usahawan ingin bernaung dibawah
francaisor yang sebegini?
4.
Kebebasan menguruskan stok
Masih lagi
berkitar tentang sistem stok dan pembekalan. Bakal francaisi perlu melakukan
kaji selidik tentang adakah francaisidiwajibkan mengambil apa sahaja stok yang
dibekalkan oleh francaisor itu sendiri tanpa kebebasan daripada pihak francaisi
untuk memilih sendiri stok dan jenis barangan yang ingin diletakkan di kedai
francaisi (ini lebih kepada sistem francais peruncitan) Adakah francaisi perlu
membuat pembayaran penuh sebaik sahaja barangan masuk ke kedai mereka?Adakah
terdapat pilihan untuk francaisi memulangkan semua barangan tersebut kepada
francaisor jika mereka gagal menjual barangan tersebut?Sekiranya
terdapat jawapan TIDAK pada mana-mana persoalan
diatas, sebaiknya bakal francaisi melupakan sahaja francais tersebut.
Realitinya, kebanyakan francaisor di Malaysia hanya berminat untuk menjual
barangan mereka pada francaisi, dan dapat menyelamatkan margin keuntungan
mereka tanpa mengambil risiko sama ada barangan tersebut dapat dijual atau
tidak oleh francaisi. Kebiasaan berlaku, francaisi dijadikan "dumping
ground" atau maksudnya tempat "pembuangan" barangan yang tidak
mendapat sambutan daripada pelanggan di outlet-outlet francaisor kepada
francaisi. Inilah realiti sistem francais di Malaysia, oleh itu bakal francaisi
jangan terpedaya jika terdapat
francaisor memberi mereka kredit kerana francaisiakan berhutang sampai
bila-bila (akibat daripada barangan tidak laku) dan kebanyakan francaisor
mengenakan caj antara 1-1.5% setiap bulan.